dari apa yang saya dengar dari kawan saya ( polis ) dia mengatakan kemungkinan pasukan polis marin akan ditamatkan perkhidmatan.. kemungkinan jer. tak pasti lagi.
ok dari segi pertindihan tugas. disini tiada masalah. bagi TLDM mereka menjaga kedaulatan negara dari segi perairan.mereka lebih umum. seandainya ada yang menceroboh perairan negara tujuan untuk menyerang negara. mereka akan dihadapan dalam penentangan.
untuk kastam marin pula. mereka akan bertindak seandainya kesalahan beraku dari segi penyeludupan barang yang dikenakan cukai.
polis marin dan APMM tidak banyak bezanya. mereka merupakan satu badan yang boleh mendakwa persalah yang berkaitan apa apa dengan perairan negara.
TLDM,APMM,Polis Marin,Kastam Marin, menjalankan satu tugas yang hampir sama..
kalau salah tolong betulkan..
insyaAllah saya akan tempatkan info yang berkaitan APMM secepat mungkin