yup.
Profil Sarjan Mejar Rejimen Tentera Darat
32543 PEGAWAI WARAN I MOHD DZAHAR BIN A. RAHMAN
AMN BAT PCK
Beliau telah dilahirkan pada 17 Januari 1958 di Muar, Johor. Beliau telah memasuki perkhidmatan tentera pada 17 Oktober 1976 dan seterusnya berkhidmat di Rejimen Ke-14 Askar Melayu Diraja. Disepanjang perkhidmatan, beliau telah menunjukkan dedikasi dan ketekunan kerja dengan amat baik dan telah berusahan dengan gigih untuk meningkat maju dalam kerjaya. Hasil daripada kesanggupan beliau untuk bekerja, beliau telah meningkat dari pangkat Prebet sehinggalah ke Pegawai Waren I (PW I) dalam jangkamasa hanya 17 tahun.
Dalam tempoh tersebut beliau telah memegang beberapa jawatan penting seperti Platun Sarjan, Sarjan Mejar Kompeni, Jurulatih Kawad dan Sarjan Mejar Rejimen. Beliau telah dilantik memegang jawatan Sarjan Mejar Rejimen Tentera Darat (SMR/RSM TD) pada 29 November 2001 sehinggalah sekarang.
Di dalam jawatan ini beliau sering membantu pasukan-pasukan dalam mendirikan Kawalan-Kawalan Kehormatan sempena Penganugerahan-Penganugerahan Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong, Panji-Panji Rejimen dan Kawalan Kehormatan sempena lawatan pembesar-pembesar negara asing. Sebagai Sarjan Mejar Rejimen Tentera Darat beliau bertanggungjawab sebagai penasihat istiadat dan penyelaras dalam semua perbarisan di peringkat negara dan negeri selain diperingkat angkatan tentera sendiri.